dunia adalah pentas manusia..,lakonannya pelbagai cerita..,ada yang suka dan berduka cita..,ada yang suci ada yang berdosa..,maka ingatlah...!kita semua adalah hamba yang ESA...,
Khamis, 25 Februari 2010
Ahad, 24 Januari 2010
Sakaratul Maut
1. Mati datang tiba-tiba
2. Mati itu terlalu sakit
3. Melihat wajah malaikat maut
4. Mendengar kutukan atau pujian malaikat
5. Melihat bakal tempat tinggal di akhirat
6. Menghadapi godaan syaitan
Mati datang tiba-tiba
Ya, betul!!! Mati itu datang dengan tiba-tiba. Atau anda kurang setuju dengan pernyataan tersebut? Atau anda tahu bila anda akan mati? Aku memang da tau yang ko tak tau kan??? Hehehe... Walaupun mati itu datang-nya dengan tiba-tiba, tapi aku tak paham kenapa anda, anda, anda dan anda (dan aku juga) masih lagi tak insaf-insaf. Bawak-bawak la bertaubat cepat-cepat. Yang aku paling tak tahan-nye ada antara kita ni bajet hidup lama, siap boleh cakap; " Ha, aku nanti umur sekian-sekian aku bertaubat la. Sekarang ni muda lagi. Mati lambat lagi. " Macam mana kalau anda mati esok? Atau sejam lagi? Atau seminit lagi? FIKIRKAN sendiri. Contoh yang paling jelas dan semua orang tau: SITI NURHALIZA (sekadar menyebut contoh). Ada kew pakai tudung berperingkat-peringkat? Tutup sikit-sikit? Aish... Fenin-fenin...
Mati itu terlalu sakit
Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rase lagi. Kalau sape yang pernah rase, bley la kongsi-kan pengalaman anda di sini.
Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "
Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "
Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "
Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut beada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).
Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.
Melihat wajah malaikat maut
Malaikat maut akan datang dengan wajah yang berbeza. Jika orang soleh, malaikat datang dengan wajah yang lembut dan indah. Dengan bau yang harum. Ketika itu orang yang hampir mati itu akan mendapat ketenangan untuk melafazkan kalimah syahadah.
Namun, bagi orang fasik, malaikat maut akan datang dengan wajah yang mengerikan. Keadaan ini akan menambah derita selain derita sakatul maut yang sedia dihadapi. Waktu itu bila ditalkinkan menyebut -LA-ILAHA-ILLALLAH- dia sibuk dengan kesakitan dan kengeriannya hingga tidak sempat memberi respons.
Mendengar pujian atau kutukan malaikat
Orang yang hendak mati akan dapat mendengar pujian atau kutukan daripada malaikat di-sisi-nya. Selama ini malaikat yang duduk di sebelah kiri dan kanan itulah yang mencatat amalan abik dan jahat. Jika amalan yang dilakukan seseorang itu baik, dia akan dipuji dengan kata-kata yang sangat menghiburkan menjelang kematian-nya.
Sebalik-nya, jika amalan-nya uruk, orang yang fasik itu akan dikutuk dengan kata-kata yang menyakitkan. bayangkan, betapa seksanya menghadapi kematian yang sangat sakit, malah ditambah pula dengan kutukan daripada malaikat.
Dapat melihat tempat tinggal di akhirat
Firman Allah: " Akan di-angkat hijab yang menutup dan kamu akan melihat dengan pandangan yang tajam. " (Surah Qaf, 50:22)
Imam Ghazali telah memuatkan satu hadis berhubung ayat di atas dalam IHYA ULUMUDDIN: " Setiap seseorang daripada kamu tidak akan meninggal dunia, sebelum dia tahu ke manakah yang bakal diduduki-nya di syurga atau di neraka! "
Menghadapi godaan syaitan
Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang, lebih hebat dan tinggi pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu ini syaitan tidak lagi datang untuk menyuruh melakukan maksiat tetapi untuk menukar akidah seseorang itu. Syaitan datang dengan membawa gambaran harta, tanah, rumah, dan lain-lain lagi milik kita yang amat disayangi. Hingga dengan itu menyebabkan kita berat sungguh rasanya untuk berpisah. Juga digambarkan orang yang paling dicintai dan orang yang paling dibenci untuk menambahkan lagi derita diwaktu itu.
Orang yang hampir mati itu berasa sangat dahaga. Syaitan akan memanipulasi keadaan itu dengan menyamar sebagai sesiapa sahaja yang kita sayangi. Syaitan datang dengan membawa air tetapi jika ingin meminumnya, kita akan dipujuk untuk menukar akidah terlebih dahulu.
Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, orang yang datang menziarahinya semua-nya bertaraf ulama. Bila anaknya mentalkinkan -LA-ILAHA-ILLALLAH- beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Imam besar itu menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "
Begitulah 6 kegoncangan kematian yang akan menentukan satu antara dua jenis kematian, mati dalam husnul khatimah (kematian yang baik), atau mati dalam suul khatimah (kematian yang buruk).
Semoga anda, anda, anda, dan anda semua mendapat apa yang cuba daku sampaikan di sini. Sekadar satu peringatan untuk kita semua. BTW, korang tau kew ape name malaikat-malaikat yang aku nyatakan kat atas? Sape tau angkat tangan!!! Hadiah misteri menanti anda. Ekekeke...
Jenis-jenis syaitan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamer dan lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
12 barisan di akhirat
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allas S.W.T”
Ertinya:
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
(Surah al-Naba’)
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab, “ Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…”
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di-iringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEDUA
Di-iringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih. “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEEMPAT
Di-iringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KELIMA
Di-iringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEENAM
Di-iringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “ Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KETUJUH
Di-iringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalh neraka.”
BARISAN KELAPAN
Di-iringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KESEMBILAN
Di-iringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KESEPULUH
Di-iringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Mereka adalah orng yang derhaka kepada ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..
BARISAN KESEBELAS
Di-iringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar pelbagai kotoran. Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka di-iringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka dating suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”
Tanda akhir zaman
Pada suatu hari, datanglah Jibril AS kepada Nabi SAW menampakkan dirinya sebagaimana manusia biasa. Dia bertanya kepada Nabi, apa ertinya Iman, lalu dijawab oleh Nabi. Ditanyai pula apa erti Ihsan, lalu Nabi menjawab bahawa Ihsan itu ertinya hamba Allah berbakti dan menyembah kepada Allah seakan-akan Allah itu nampak olehnya, walaupun dia tidak dapat melihat-Nya, namun Allah SWT tetap melihat dia. Kemudian Jibril bertanya, bilakah datangnya kiamat itu. Nabi menjawab:
"Orang yang ditanyai tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya."
Maknanya Nabi SAW tidaklah lebih tahu daripada Jibril dalam masalah bila hari akan kiamat. Sebab semuanya dalam pengetahuan Allah. Adapun yang dapat ditunjukkan Nabi SAW bahwa hari kiamat telah dekat, adalah hanya tanda-tandanya saja. Antara tanda akhir zaman itu kata Rasulullah SAW ialah:
1. Zina berleluasa (HR Bukhari-Muslim)
2. Banyaknya riba
"Sesungguhnya akan datang pada manusia suatu zaman yang pada waktu itu orang tidak mempedulikan lagi harta yang diperolehnya, apakah dari jalan halal atau jalan haram." (HR Bukhari)
3. Memperindah masjid dan bermegah-megahan dengannya
"Bermegah-megah dalam membangun masjid, kemudian mereka tidak memakmurkannya kecuali hanya sedikit." (HR Bukhari)
4. Berlumba-lumba mendirikan bangunan
"Dan antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan engkau lihat orang-orang yang dahulunya berkaki telanjang, berpakaian compang-camping, miskin mengembala kambing, lantas mereka berlumba-lumba membangunkan rumah-rumah indah." (HR Muslim)
5. Wanita melahirkan tuannya
Maksudnya kata Al-Hafizh Ibnu Jahar, banyaknya anak derhaka yang memperlakukan ibunya seperti sikap tuan terhadap hambanya, seperti merendahkannya, mencacinya, memukulnya dan menjadikannya pelayan untuk dirinya.
6. Masa (waktu) semakin singkat
"Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan (semakin singkat), setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, sejam terasa hanya sekejap." (HR Ahmad Tarmizi)
7. Banyak fitnah
"Adalah di hadapan hari kiamat itu banyak fitnah, laksana sepotong malam yang gelap-gelita. Pagi-pagi orang beriman, petang-petang orang menjadi kafir. Petang beriman, pagi menjadi kafir pula. Suatu kaum menjual agamanya dengan laba dunia." (Al Hadis)
Banyak lagi tanda-tanda lain yang Rasulullah tunjukkan sebagai tanda hari akan kiamat itu. Sampai kepada wanita menjadi tidak tahu malu lagi. Mereka lebih senang berkeliaran keluar dari rumahnya dengan pakaian "kasiatin ariatin", berbaju tetapi bertelanjang.
Kita Hamba Allah
Allah sangat suka bila kita memujiNya.
Allah sangat suka bila kita ingat kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita meminta minta kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyahut seruanNya.
Allah sangat suka bila kita menjauhi laranganNya.
Allah sangat suka bila kita menjunjung perintahNya.
Allah sangat suka bila kita menyembahNya.
Allah sangat suka bila kita sujud kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyedari kita adalah hambaNya.
Isnin, 18 Januari 2010
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad مؤكدة
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepa takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
WAKTUNYA
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Isti’azah (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ) , Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan (khafiyy) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring (jahar).
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Isnin, 4 Januari 2010
Renung-Renungkan lah Manusia
Dunia kini acapkali digemparkan dengan malapetaka yang meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Pelbagai persoalan terlintas di benak pemikiran manusia tentang kenapakah Tuhan mengirimkan malapetaka ini sehinggakan ada dikalangan manusia yang sanggup menyalahkan takdir Allah tanpa menyedari Aqidah yang menjadi benteng diri selama ini rosak begitu sahaja. Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara jelas faktor berlakunya “bala” yang dikirimkan oleh Allah SWT ke atas umat baginda iaitu:
1.Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit
2.Umat Islam sanggup mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka
3.Muncul golongan anti hadis yang tidak dapat dibendung
4.Umat Islam yang terlalu ramai bergolomang dalam keseronokan
5.Terlampau mewah
6.Ibu melahirkan tuannya
7.Bangunan Pencakar langit
8.Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama
9.Menghimpun harta sebanyak mungkin hingga lupa untuk menggarap ilmu agama
10.Tipu menipu dalam perkara dunia
11.Saling bertengkar dalam perkara remeh temeh yang sepatutnya boleh di maafkan
12.Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut dalam kalangan manusia
13.Riba wujud dimana-mana
14.Ramai orang minum arak dan menganggapnya bukan arak
15.Golongan lelaki makin sedikit manakala golongan wanita semakin banyak
16.Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
17.Orang baik terlalu sedikit manakala orang jahat semakin ramai
18.Muncul orang yang tidak peduli tentang sumber harta yang diperolehinya
19.Berlaku peperangan demi peperangan
20.Masa yang menjadi singkat
21.Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang dinegara umat Islam sendiri
22.Berleluasa amalan rasuah dalam pelbagai bentuk dan helah
23.Muncul galian-galian bumi
24.Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah SWT
25.Bermegah-megah dengan keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama
26.Menggadai Agama demi dunia
27.Pelaksanaan Haji dan Umrah bukan kerana Allah
28.Harta Negara bertukar tangan ke tangan pemimpin
29.Suatu amanah dianggap sebagai batu ujian yang dahsyat terhadap Iman
30.Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan
31.Ketiadaan Imam untuk bersolat Jemaah
32.Loncatan untuk mengaut keuntungan
33.Bayaran zakat di anggap sebagai denda/saman
34.Suami yang terlalu tunduk pada isteri
35.Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapa mereka
36.Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kawan dan rakan
37.Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak mereka
38.Berlaku pertengkaran dalam masjid
39.Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih sebagai ketua bagi sesuatu kaum
40.Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya
41.Apabila minuman keras tersebar luas
42.Ramai golongan lelaki memakai sutera
43.Artis-artis wanita diagungkan
44.Alat-alat muzik diguna pakai sebagai mata pencarian
45.Kesilapan manusia kini mengutuk generasi dulu
Maka apabila berlakunya perkara-perkara di atas maka Nabi Muhammad SAW bersabda “ Tunggulah, ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, putting-beliung dan bahaya-bahaya lain hingga berlaku penukaran corak dan rupa.”
Bersama kita renungkan bersama……..