HARI
RAYA AIDILADHA
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam
mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama
Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya
yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar
dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja
tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar
kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini
merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk
disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya
Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi
Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai.
Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi
Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau
kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun
Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T
terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang
dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk
menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi
mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang
tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan
perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan
kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu.
Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia
biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila
melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan
memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur
kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari
Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah
Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail
dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha
dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan
dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat
kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh
pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya
Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang
Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan
mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan
wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan
sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi,
biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha
dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan
dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan
dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih
secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang
ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat
Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban
sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa
perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan
anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam
akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang
akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan